RSS

ada kisah disini...

Syttt..saya nak tanya satu soalan boleh tak? pernahkah kamu memancing
ikan? kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang
memancing? kalau tak pernah lihat pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?


baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik
memancing. tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia
segera memutar pemutar tali pancing. sekali-sekala dia menghenjut-
henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.


akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan keatas. terkedik-kedik ia dihujung
tali kail. kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. gembira benar
hatinya. kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu
kemenangan. kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan
ikan daripada mata kailnya.
tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia
mencampakkan kembali ikan itu kedalam air. eh, apa hal? kamu memandang
pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-
olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persolan.


kamu rasa apakah yang akan dirasai oleh ikan itu?bolehkah dia
menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi
perutnya yang sudah robek?sudah tentu ia akan mengalami kesakitan
sebelum akhirnya mati. dengan mulut yang koyak dan perut yang robek,
ia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin ia
tidak mampu. ia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak
boleh aktif lagi.


begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga
hatinya. jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahajasebab dia
akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.


sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah
dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-
main, akan ada pihak yang menangis. tentu kamu dapat bayangkan betapa
sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan
kembali ke air. begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang
robek kerana mengingati seseorang.


kamu kena faham, cinta pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga
akhir hayat kamu. ia ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu
simpan dalam album. ia kekal disitu meskipun ada banyak lagi gambar
yang kamu ambil dan letakkan diatasnya.
cinta adalah fitrah manusia. TUHAN menjadikan cinta untuk memberi
keseronokan kepada hamba-hambaNYa menjalani hidup mereka, tapi tahukah
kamu lebih ramai orang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia
kerana cinta.
kenapa jadi begitu??


jika kamu sedang bercinta sekarang ini, peliharalah hatinya dan
rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta
dasarkan cinta kamu itu kerana TUHAN. hanya cinta yang begini akan
kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku da akhirnya menumpahkan
air mata kesedihan.


maka itu, saya juga hendak menasihati kamu jika kamu belum bersedia
untuk berlaku jujur janganlah bercinta dahulu. jika kamu belum
bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang
lain. sebab perbuatan yang begini akan hanya menghabiskan masa dan
membazirkan air mata.


saya juga ingin menyatakan, jika kamu memancing, teruslah ambil ikan
itu dan bawa pulang. kerana itu lebih baik daripada kamu memasukkannya
kembali ke dalam air kerana perbuatan kamu itu akan memulakan satu
derita.



rindu sgt2 kt awak... =(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

No comments:

muhasabah diri !! jgn kaco !!

muhasabah diri !! jgn kaco !!
mood: baik ((=
Powered By Blogger